Sunday, November 8, 2009
“WEDDING OF THE YEAR” YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
Ampang Selangor, Ahad: Perkahwinan “Wedding Of The Year” Dato’ Najmuddin dan pasangan pengantin Datin Zurina telah diadakan dengan begitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Ia bertemakan warna biru yang melambangkan keserasian dan kemesraan kedua-dua mempelai yang kelihatan seperti pinang di belah dua di atas pelamin.
Sejak pagi lagi kelihatan sudah ramai yang telah menghadiri majlis tersebut dan apabila jam menjangkau pukul 1 petang, jemputan daripada K’69 telah mula muncul seorang demi seorang. Di antara yang terawal tiba adalah saudara Norzalimi (Pecoh) bersama anak gadis kecilnya sebagai ganti orang rumah. Kemudian tiba pula Cik A dan Rosniah yang kelihatan terus berbaris mencapai pinggan dan mengambil makanan, mungkin kerana dek terlalu lapar agaknya.
Pasangan intim yang tak dapat dipisahkan iaitu saudara Busam dan Ganja juga turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut dan mereka segera diberi tempat duduk oleh penyambut tetamu kerana mereka bimbang untuk membiarkan Ganja berdiri terlalu lama. Di antara para petugas rasmi pada majlis itu ialah saudara Rushdan (Baba) yang mana beliau telah dilantik sebagai Jurugambar Bertauliah. Cik A pula tiba-tiba didatangi oleh seorang tetamu yang meminta beliau menambahkan air minuman kerana telah kehabisan. Adalah difahamkan tetamu itu menyangka Cik A adalah ahli keluarga pengantin kerana baju yang dipakai beliau sama dengan warna air minuman di majlis tersebut.
Perjalanan delegasi K’69 dari Kuantan pula dilaporkan telah tersekat di dalam kesesakan lalulintas di lebuh raya MRR2 yang mungkin disebabkan oleh begitu ramai yang mahu menghadiri majis perkahwinan tersebut. Walaubagaimanapun delegasi yang diketuai oleh saudara Josex itu telah berjaya sampai tepat pada waktunya.
Jemputan yang paling lambat tiba adalah saudara Khusaini (Mamak) yang mana beliau memanglah sentiasa lambat termasuklah lambat ke pejabat setiap masa di Syarikat Bernas.
Majlis tersebut telah dihiburkan oleh Kumpulan Estrella, yang menyajikan lagu-lagu merdu secara “Uplugged”. Para hadirin kelihatan amat terpegun dengan kehebatan Kumpulan Estrella ini, bukan kehebatan persembahan mereka, tetapi kehebatan rupa penyanyinya.
Setelah selesai menjamu selera dan bergambar bersama pasangan pengantin, K’69 meneruskan agenda seterusnya iaitu mengeteh dan setelah membuat undian maka Bora Ombak CafĂ© telah menjadi destinasi pilihan perjumpaan pada kali ini.
Setelah tiba di Bora Ombak, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali beserta dengan ribut petir. Walaupun ianya menimbulkan sedikit kesukaran kepada K’69 untuk mengelakkan tempias hujan tersebut tetapi cuaca sebegini sememangnya merupakan berita baik untuk pasangan pengantin Dato’ Naj dan Datin Zurina,
Perjumpaan dan sesi mengeteh K’69 berjalan dengan begitu jayanya dan Presiden Hari Keluarga K’69 iaitu saudara Anuar Alawiyah amat berharap semua ahli K’69 dapat menyertai Hari Keluarga K’69 2010 yang akan diadakan di Cherating Kuantan pada Mei tahun depan.
YAXE
CIK A DAN ROSNIAH SEDANG MENJAMU SELERA TANPA MENGHIRAUKAN KEADAAN SEKELILING
NORZALIMI (PECOH) MEMBERI INSYARAT TANGAN MENYATAKAN BETAPA BESTNYA NASI MINYAK TERSEBUT YANG DENGARNYA DIMASAK SENDIRI OLEH PENGANTIN PEREMPUAN
KALEO MAKAN DENGAN TERTIBNYA BERSAMA KELUARGA
BUSAM YANG SENTIASA ADA MENJAGA GANJA
SAUDARA AZMI BERSAMA KELUARGA
AIZA BERSAMA SUAMI YANG DIKATAKAN BERSAUDARA DENGAN BILL GATES
ANUAR ALAWIYAH SEDANG SIBUK MENGAMBIL KEDATANGAN TETAMU YANG HADIR, UNTUK APA WALLAHU'ALAM...
ZULKANG MENUTUP MATA BERTAFAKUR SEBENTAR SEBELUM MENJAMU SELERA
UCOP KELIHATAN BEGITU GEMBIRA DI HARI TERSEBUT
CIKGU DAN ATAN TAK PUAS-PUAS BERBUAL BERSAMA WALAUPUN DATANG DENGAN SATU KERETA DARI KUANTAN
KETUA DELEGASI DARI KUANTAN SAUDARA JOSX CUBA MENERANGKAN KEPADA BUSAM DAN GANJA TENTANG APA DIA MAKSUD "TAK CUKUP HAUL"
KETIBAAN PASANGAN PENGANTIN
PASANGAN PENGANTIN BERJALAN MENUJU KE TEMPAT PERSANDINGAN
KECERIAAN JELAS TERPANCAR DI WAJAH KEDUA-DUA MEMPELAI
PASANGAN MEMPELAI DI KERUSI PERSANDINGAN
POSE ISTIMEWA "PEACE" DARI KEDUA-DUA PENGANTIN
KUMPULAN ESTRELLA YANG MENGHIBURKAN PARA HADIRIN
RAMBO CUBA MELEMPARKAN SENYUMAN KEPADA PENYANYI KUMPULAN ESTRELLA
UPACARA MENGETEH DAN PERJUMPAAN K'69 DI BORA OMBAK CAFE
MAKTAB BERPESAN KEPADA JOSEX JANGAN DUDUK DEKAT SANGAT DENGAN YANG PAKAI TUDUNG PURPLE TU, NANTI KENA LESSSINGGG..
TOK MOH SEDANG MEMBENTANGKAN USUL
KHUSAINI MAMAK YANG TELAH DIJANGKA TIBA PALING LAMBAT KE BORA OMBAK CAFE