Sunday, February 28, 2010

ALBUM KLASIK




Saudara Seh Kuda membuat permintaan agar gambar ini disiarkan di dalam blog untuk dikongsikan bersama K69. Ia merupakan Rugby Inter class Tournament 1984 di antara Cosmos menentang Skylab. Rasanya seluruh K69 boleh mengagak keputusan perlawanan ini heh heh...


YAXE

Tuesday, February 23, 2010

FOTO KENANGAN DI AKSHAH 2010



FOTO KENANGAN K69 BERSAMA AYAHANDA, DATO' CIKGU GHAFAR, CIKGU HUSIN DAN GURU-GURU LAIN PADA AKSHAH 2010 (Kalau mata kelabu asap, sila "click" kat gambar untuk lihat saiz yang lebih besar)

Untuk melihat keseluruhan foto-foto yang diambil oleh "Official Photographer", go to -


http://arphotograph y.com.my/ portfolio/ events/Akshah. php


Layan!


YAXE

Friday, February 19, 2010

SEJURING KATA

Sejak akhir-akhir ini kita melihat banyak perkembangan yang amat memberangsangkan daripada K69. Antara yang menarik sekali adalah kemunculan pengusaha-pengusaha ladang pertanian tidak kira samada Kelapa Sawit atau Getah mahupun penternakan binatang-binatang peliharaan. Puji-pujian harus diberikan kepada mereka ini seperti Abang Kamera Baba, Tok Moh, Rambo, Zul Kang dan beberapa yang lain di atas usaha dan semangat mereka ini yang benar-benar berbakti dan berbudi kepada tanah. Adalah diharapkan lebih ramai lagi yang K69 yang menceburkan diri di dalam pertanian dan kepada mereka yang mahu mencebur di dalam bidang pertanian ini bolehlah bertanya kepada teman-teman kita ini yang boleh dikatakan sudahpun berjaya. Kepada K69 yang inginkan kata-kata perangsang , dengarlah lagu ini wehhh...

YAXE

Tuesday, February 9, 2010

K69 Di MALAM ANUGERAH AKSHAH 2010


Putrajaya, Sabtu: Malam Anugerah AKSHAH 2010 telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal daripada K69. Di atas rasa semangat yang tinggi dan ditambah perasaan tidak sabar ataupun 'Selok', sejak tengahari lagi sebahagian daripada selebriti wanita K69 telahpun berada di Cyberview Lodge Resorts yang berhampiran dewan di mana Malam anugerah diadakan. Di situlah selebriti-selebriti ini membuat persiapan terakhir yang kritikal seperti menghias muka dan badan sebelum menghadiri majlis terkemuka tersebut. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, seorang jurusolek juga diimpot khas oleh selebriti-selebriti ini bagi memastikan mereka kelihatan sempurna, anggun dan menawan.

Upacara Malam Anugerah tersebut dimulakan dengan acara karpet merah di mana para tetamu termasuk selebriti-selebriti K69 tiba. Mereka kelihatan beramah mesra dan bergambar sambil memperagakan fesyen pakaian mereka masing-masing yang begitu 'Lip Lap' bagaikan kunang-kunang yang berkerlipan di waktu malam. Sememangnya para tetamu lain begitu asyik dan terpegun dengan fesyen pakaian daripada selebriti-selebriti wanita daripada K69 ini kerana ia agak 'menonjol' daripada tetamu lain terutama fesyen daripada Ratu Diva K69 iaitu saudari Zuraini yang bepakaian corak ala "Cobra". Tidak ketinggalan juga Mama Salawati yang kelihatan begitu hebat dengan tudung fesyen Princess Leia daripada filem "Star Wars". Saudari Nana pula menggayakan pakaian yang betemakan warna Pink yang lembut. Menurut beliau idea memakai pakaian berwarna pink ini tercetus apabila beliau menonton filem "Pink Panther" yang ditayangkan di Astro tidak lama dulu. Anuar Alawiyah dan Cik Are pula mengejutkan para tetamu dengan fesyen yang agak berlainan daripada selebriti-selebriti yang lain. Apabila ditanya apakah konsep fesyen tersebut yang berwarna kelabu itu, maka mereka menjawab, "Sebenarnya fesyen ini bagi mengingati pembantu-pembantu rumah yang telah didera oleh majikan mereka di Malaysia ini". Sungguh terharu apabila mendengarkan betapa prihatinnya mereka keatas mangsa-mangsa yang telah dianiaya majikan sendiri. Jika selebriti-selebriti lain memperagakan fesyen pakaian mereka, Djune pula buat pertama kalinya mempamerkan gaya "Tudung Djune" kepada umum. Beliau amat yakin akan tudungnya akan mendapat sambutan ramai dan mampu menyaingi "Tudung Wardina", "Tudung Mawi", "Tudung Ekin", "Tudung Periuk" dan juga "Tudung Saji". Walau bagaimanapun K69 amat berbesar hati kerana 2 muka baru telah hadir bersama mereka iaitu saudara Azman Kasim dan juga Norhayati Ahmad. Sememangnya K69 amat menghargai kesudian mereka untuk hadir bersama-sama K69 yang lain bagi menghangatkan majlis yang penuh prestij ini.

Keseluruhannya majlis yang dirasmikan oleh Tan Sri Sabaruddin Chik itu amatlah berjaya dan lancar. Tetapi bagi K69, malam tersebut tidak berakhir di situ sahaja. Malah K69 seperti biasa mengadakan sesi Teh Tarik yang mana telah menimbulkan kekeliruan tentang lokasi Teh tarik yang sebenar. Ini adalah kerana nama 2 restoran yang sama menyebabkan ada yang tersalah pergi. Tetapi Cika Are telah mengkagumkan ahli K69 kerana beliau berjaya sampai ke restoran yang dimaksudkan lebih awal berbanding dengan K69 lain yang berhempas-pulas mencari lokasinya, termasuklah Zul Kang yang sudah hampir-hampir merajuk dan mahu balik terus ke Melaka.

K69 juga mengambil kesempatan pada malam itu untuk mengadakan perbincangan tentang "Hari Keluarga K69" yang bakal diadakan di Mercu Beach Resort Kuantan pada 28 hingga 30 Mei nanti. Seperti biasa adalah diharapkan semua K69 supaya dapatlah meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan hari keluarga ini supaya ianya menjadi satu acara yang lebih Panasss...Panasss...Panassss....!


YAXE




BERTEMPAT DI CYBERVIEW LODGE RESORT, CIK ARE SEDANG DI "MAKEOVER"



CIK ARE KELIHATAN ANGGUN SELEPAS "MAKEOVER"



KEJELITAAN NANI SELEPAS "MAKEOVER"



DIVA ZU DENGAN FESYEN ALA "COBRA"


MAMA T HEBAT DENGAN GAYA "PRINCESS LEIA" DARI FILEM STAR WARS


NANA DAN SUMBER ILHAMNYA



RATU DIVA ZU BERSAMA NORINI, JAM DAN NORHAYATI TELAHPUN LAMA BERSIAP SEDIA SEBELUM MATAHARI TENGGELAM LAGI



WARGA LELAKI K69 YANG HADIR DI MAJLIS TERSEBUT BERGAMBAR BERSAMA DATO' IMRAN




DJUNE BERGAMBAR BERSAMA BAKAL PELANGGAN "TUDUNG DJUNE" YANG MANA BELIAU DIPERCAYAI MAHU MENEMPAH SEBANYAK 3 KONTENA UNTUK DIJUAL DI KELANTAN.




SELEBRITI-SELEBRITI K69 MEMPERAGAKAN FESYEN MASING-MASING DI ACARA KARPET MERAH



ROCK YANG ASYIK MENGKAGUMI GAYA FESYEN MAMA T



UCOP DAN SKYLABIANS





PEK LEH MENCUNGKIL KENANGAN SILAM BERSAMA NORHAYATI DAN JAM



LAGI POSE MAUT DARIPADA SELEBRITI-SELEBRITI K69 BERSAMA BEKAS GURU MEREKA DAHULU



RATU-RATU K69 WALAUPUN LARI DARI MENGHADIRI REHEARSAL, TETAPI BERJAYA JUGA MENGHIBURKAN HADIRIN DENGAN DENDANGAN LAGU "BILA LARUT MALAM" SEBAGAI PENUTUP TIRAI MAJLIS PADA MALAM TERSEBUT.



SESI MENGETEH K69 SEDANG BERLANGSUNG




AZMAN KASIM YANG MEMBUAT PENAMPILAN SULONGNYA SEDANG RANCAK BERBUAL, TAPI ZU YANG KETAWA SORANG-SORANG TU TAK TAHU KENAPA KERANA WAKTU PADA MASA ITU PUKUL 2 PAGI. JANGAN PANDANG ZU......



TOK MOH MEMBACA JAMPI SESAMPAH KERANA BIMBANGKAN ZU YANG MASIH KETAWA SORANG-SORANG, KINI TELAH BERJANGKIT KEPADA NANA DAN GEE



MARZITA TERTANYA-TANYA "BILALAH DIORANG NI NAK BALIK, MATA AKU NI DAH MABUK GADUNG..."