Tuesday, May 17, 2011
MISI PENCARIAN K69 BERJAYA!
Taman Negara 28 May 2011: K69 sekali telah berjaya dengan misi terbarunya iaitu mencari jejak Tok Moh yang dilaporkan telah menghilang diri di Taman Negara tidak lama dahulu. Misi pencarian daripada K69 ini diketuai oleh Presiden K69 iaitu saudara Hasnul Alfian Harun. "Misi pencarian ini kami lakukan kerana kami sangat sayangkan Tok Moh dan amat merindui beliau" kata saudara Hasnul.
Kesemua mereka yang terlibat di dalam usaha mencari ini telah berkumpul di bermalam di Woodland Resort dan kesungguhan dapat dilihat daripada delegasi K59 ini yang mana ada yang membawa ahli keluarga untuk turut sama membantu menjejaki Tok Moh dan ada juga yang membawa anggota komando muda terlatih di dalam misi ini.
Acara sembahyang maghrib berjemaah serta tahlil dan bacaan Yasin dijadikan pembuka misi kali ini untuk disedekahkan kepada rakan K69 yang telah pergi ke rahmatullah terlebih dahulu serta untuk meminta keredha'an Allah supaya segalanya berjalan lancar. Sejurus selepas itu, K69 telah dikerahkan menjalani latihan ringan berjalan kaki ke restoran terapung sebagai persediaan misi yang akan dijalankan pada keesokan paginya.
Keesokan paginya selepas subuh, ahli K69 telahpun mula berkumpul untuk memulakan misi dan Chief Ranger K69 iaitu saudara Khalid telah memberikan taklimat dan petua-petua untuk mengesan Tok Moh di Taman Negara termasuk cara mengesan dan mengenalpasti tapak kakinya. Setelah itu mereka telah di bawa menyeberang sungai untuk ke kawasan pencarian pertama iaitu di Canopy Walk kerana dilaporkan salah seorang penduduk tempatan dikatakan telah melihat kelibat Tok Moh yang sedang mencari kemiyan di situ.
Setelah menyusuri rimba dan menikmati keindahan alam, K69 akhirnya tiba di Canopy Walk. Oleh kerana Presiden K69 melihatkan ramai ahli misi K69 yang amat keletihan maka beliau mengarahkan kesemua mereka untuk berehat selama 3 jam untuk mengembalikan tenaga mereka. Setelah mereka kembali cergas, maka bermulalah ekspidisi Canopy Walk tersebut.
"Fuh! Dasat sungguh Canopy Walk nih, kalah titi kolam Indah Water aku..!" kata Pek Leh yang amat teruja sambil meniti Canopy Walk yang setinggi 70 meter tersebut. Zul Kang yang mengikuti di belakang berkata "Wah, kalau Canopy Walk ni boleh jalan terus sampai Melaka kan bagus...". Walau apapun, K69 yang lain menyifatkan Canopy Walk itu suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh mereka.
Walau bagaimanapun K69 gagal mengesan Tok Moh di situ tetapi salah seorang K69 iaitu saudara Baba telah menyatakan beliau ada terbau kemiyan semasa melalui Canopy Walk tadi dan ini bermakna Tok Moh berada tidak jauh dari situ. Klu ini telah menaikkan semangat K69 yang sedang menaiki bot untuk berihat dan makan tengahari di restoran terapung dengan hidangan gulai ikan patin yang lazat.
Ketika sedang menikmati makanan tengahari, tiba-tiba datang beberapa orang pelancong Perancis yang memberitahu K69 bahawa mereka telah melihat seorang lelaki sasa sedang berenang-renang dan bemain-main di jeram-jeram yang deras tidak jauh dari situ. Daripada maklumat dan penerangan daripada pelancong Perancis itu, K69 amat pasti ianya Tok Moh kerana yakin tiada orang lain yang mampu berenang di jeram-jeram yang deras itu selain daripada beliau. Oleh itu, pencarian disambung semula dengan misi Rapid Rush iaitu melalui jeram-jeram yang mencabar bagi mengesan Tok Moh di sana.
Terbukti, ia bukan merupakan satu usaha yang sia-sia kerana setelah mengharungi jeram-jeram deras yang mencabar itu, akhirnya Tok Moh berjaya di temui sedang berihat diatas batu di sana. Apabila ditanya oleh K69 kenapa beliau menghilangkan diri di situ maka jawab Tok Moh "Aku pergi audition Mentor hari itu, pas tu dia reject aku, frustlah!". "Bila aku tanya kenapa tak dapat, diaorang kata aku ni Sifu mana boleh join!" sambung Tok Moh yang masih berduka kerana tidak dapat menyertai rancangan yang mempunyai tema "tunjuk ajarku Sifu" di TV3 itu... . Setelah beberapa jam memujuk beliau, akhirnya Tok Moh bersetuju mengikut K69 pulang.
Sebagai merayakan kepulangan Tok Moh, pada malam itu di adakan "BBQ Nite". K69 dihiburkan oleh beberapa penghibur terkenal seperti M Daud Kilau Wannabe serta Justinah Bebel yang amat handal menari.
Yaxe
TEMPAT PERTEMUAN DAN PERSINGGAHAN AHLI K69 UNTUK MISI KALI INI
ZAIGOL YANG BARU TIBA SEDANG MENDAFTAR MASUK
PRESIDEN K69 MERANGKAP KETUA MISI, SAUDARA HASNUL
SEMBAHYANG MAGHRIB BERJEMAAH SERTA BACAAN YASIN DAN TAHLIL YANG DIIMAMKAN OLEH SAUDARA SAHARUN SAID
MASWATI DAN ANAK-ANAKNYA TURUT SERTA BERSAMA
K69 SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK MENJALANI LATIHAN RINGAN BERJALAN KAKI KE RESTORAN TERAPUNG
SMBY DAN KELUARGA SEDANG MENUJU KE RESTORAN TERAPUNG SAMBIL MENYANYIKAN LAGU "MENITI TITIAN USANG" DARI KUMPULAN SEARCH
JOSX KELIHATAN BEGITU "TEKIH" UNTUK MENCAPAI SESUATU KERANA DIBATAS OLEH PERUTNYA
KELIHATAN MAMAK DAN ZUL KANG RIANG MENJAMU SELERA SAMBIL DIHIBURKAN OLEH INA
SEBAHAGIAN DARIPADA K69 SUDAH MULA BERBINCANG DAN CUBA MENEKA DI MANA TEMPAT PERSEMBUNYIAN TOK MOH
KAUM HAWA K69 SEDANG BERSANTAI SELEPAS SELESAI MAKAN MALAM
SU DAN KELUARGA SUDAH BERSIAP SEDIA BERKUMPUL UNTUK MEMULAKAN MISI
BERGELAK KETAWA SELEPAS MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA CHIEF RANGER KALEO
MISI PENCARIAN TELAHPUN BERMULA
CHIEF RANGER KALEO SEDANG MEMASTIKAN SETIAP AHLI K69 MENAIKI BOT
CIKGU DAN NUAR KELIHATAN AMAT TERUJA BERADA DI DALAM BOT
K69 MENYUSURI JUNGLE TREKKING MENUJU CANOPY WALK
BEREHAT SEBELUM MELALUI CANOPY WALK SAMBIL MENGATUR STRATEGI MENCARI TOK MOH
SHO MENGATUR LANGKAH DI CANOPY WALK
NUAR CUBA MENYEMBUNYIKAN KEGERUNANNYA WALAUPUN LUTUTNYA BERGETAR TAK HENTI-HENTI
BABA TIBA-TIBA BERKELAKUAN ANEH SETELAH TERHIDU KEMIYAN TOK MOH
MASAK GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN YANG TERSEDIA UNTUK MAKAN TENGAHARI
PENDUDUK TEMPATAN YANG TELAH TERLIHAT KELIBAT TOK MOH ...Kih kih kih (Mie jgn mare yek..)
PELANCONG PERANCIS YANG TERNAMPAK TOK MOH DI JERAM (Maaf gambar terpaksa di ambil dari jauh atas sebab-sebab tertentu)
ANGGOTA KOMANDO MUDA TERLATIH YANG DIBAWA KHAS OLEH JOSX UNTUK MEMBANTU MENGESAN TOK MOH
AKHIRNYA TOK MOH BERJAYA DITEMUI!
TOK MOH MEMALINGKAN MUKANYA CUBA "JUAL MAHAL" KETIKA DIPUJUK UNTUK PULANG
TOK MOH DIBERI PELUANG UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA BBQ NITE BAGI MENGUBAT KEKECEWAAN HATINYA YANG GAGAL MENYERTAI "MENTOR" MUSIM TERBARU
M DAUD KILAU WANNABE SEDANG MENGHIBURKAN K69
JUSTINAH BEBEL SEDANG MENUNJUKKAN KEPAKARAN DI DALAM TARIANNYA
CLUE BAGI DESTINASI TRIP K69 TAHUN 2012 NANTI. SAPA BOLEH TEKA KAT MANA?
Tuesday, February 8, 2011
K69 BACK TO NATURE 2011
Taman Negara @ National Park
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur atau Kuantan melalui lebuhraya Pantai Timur, keluar ke Plaza Toll Temerloh
dan terus menghala ke Jerantut akan membawa anda ke satu destinasi percutian yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan kebisingan kota iaitu Kuala Tahan, Taman Negara.
Dipenuhi dengan flora dan fauna serta berlatarbelakangkan hutan yang menghijau, Taman Negara menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain yang belum pernah
dialami oleh K69.
Penginapan
Terdapat 2 buah resort yang agak sesuai utk dijadikan pilihan K69, iaitu Woodland Resort atau Rainforest Resort. Kedua dua resort ini terletak berdekatan
di atara satu sama lain. Walaubagaimanapun, difahamkan bahawa Rainforest resort kerapkali mengalami masalah bekalan air akibat tekanan air yang rendah.
Woodland Resort mempunyai lebih dari 30 buah chalet sesebuah, sebuah dewan makan, kolam renang serta ruang letak kereta yang luas. Sila layari www.woodlandresort.com.my.
Harga untuk sebuah chalet lebih kurang RM160.00 semalam dan boleh menampung sebuah keluarga.
Aktiviti ;
Day 1
Selepas check-in dan mengisi perut , kita bolehlah bermula dengan aktiviti trekking yang mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk aktiviti mandi
sungai di Lubuk Simpun. Tetapi jangan lupa utk terlebih dahulu mendapatkan pass ke Taman Negara di pejabat Taman Negara yg terletak berhampiran d
engan bayaran RM1/- seorang dan RM5/- untuk kamera. Pulang dari Lubuk Simpun kita boleh singgah utk membasahkan tekak di beberapa buah restoran
terapung yg terletak di jeti Kuala Tahan bersama sama dengan pelancong2 Mat Salleh (tiada kaitan dengan Pek Leh) yg sentiasa menghabiskan masa di restoran tersebut.
Sebagai pilihan mungkin kita boleh ke Lubuk Kelah utk bermain2 dengan ikan kelah yg dikatakan sentiasa lapar menunggu kedatangan pelancong utk memberi
mereka makan.Pada sebelah malam kita boleh mengadakan dinner dan acara bebas di resort mengikut keperluan K69
.
Day 2
Pada hari kedua, selepas bersarapn di resort, kita boleh teruskan dengan aktiviti jungle trekking yg lebih menyeronokkan yang mengambil masa lebih kurang 30-45 minit utk tiba Ke Canopy Walk. Dengan bayaran RM6 seorang kita akan merasai pengalaman berjalan setinggi 40m di celah celah pohon yang tinggi menjulai sepanjang 350m. Memang seronok tetapi agak memenatkan bagi anak2 kecil dan bapa2 yg mengandung (boroi).
Selepas makan tengahari dan berehat sebentar, pada sebelah petang kita teruskan dengan aktiviti LENCUN iaitu meredah jeram. Pastikan pakaian yg sesuai! Berbekalkan jeket keselamatan, kita akan di lambung bot dan dibawa meredah beberapa jeram sebelum tiba ke sebuah perkampungan suku asli Batek. Disini kita akan ditunjukkan demonstrasi menyumpit dan menyalakan api tanpa menggunakan mancis.
Dalam perjalan pulang kita boleh singgah di sebuah air terjun berhampiran utk mandi manda. Sebelum pulang ke resort, kita boleh singgah sekali lagi ke restoran terapung untuk sessi Teh Tarik. Untuk trip boat berkenaan bayarannya lebih kurang RM120.00 bagi sebuah boat yang boleh menampung diantara 7-10 orang.
Pada sebelah malam, marilah kita sama sama menjamu selera di restoran terapung. Kali ini dengan hidanagn istimewa Patin Masak Stimberulam
timun serta dikelilingi tomato yg dihiris halus cicah sambal belacan. Bukan saja menyelerakan malah keenakkanya akan melekat ditekak sehingga
ke 2 -3 minggu. Harga pada tahun 2010 ialah RM70.00 seekor yang boleh dimakan utk 3-4 orang. Dengan jumlah bilangan yg ramai, harap2 tokey
kedai dapat memberikan kita harga yang istimewa….
Day 3
Selepas bersarapan di resort, kita boleh lah bersantai sambil menunggu anak2 menghabiskan masa di swimming pool sambil mendengar jampi serapah
Tok Moh disamping menunggu CD yang akan diedarkan oleh cameraman seumur hidup.
Akhir sekali Check-out dan bertolak balik ke rumah masing masing.
Sekian.