Tuesday, February 8, 2011

K69 BACK TO NATURE 2011

Bagi menunjukkan sokongan dan komitmen K69 di dalam penyelamatan hutan dan ke arah bumi lebih hijau, maka Taman Negara telah terpilih sebagai lokasi K69 Family Day pada tahun ini. Berikut adalah liputan yang dibuat oleh Saudara Kaleo yang berkesempatan untuk melihat dan membuat penilaian berkenaan Pusat Peranginan Di Taman Negara. Sila hayatinya...

Taman Negara @ National Park

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur atau Kuantan melalui lebuhraya Pantai Timur, keluar ke Plaza Toll Temerloh

dan terus menghala ke Jerantut akan membawa anda ke satu destinasi percutian yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan kebisingan kota iaitu Kuala Tahan, Taman Negara.

DSCF2140taman negara

Dipenuhi dengan flora dan fauna serta berlatarbelakangkan hutan yang menghijau, Taman Negara menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain yang belum pernah

dialami oleh K69.

Penginapan

Terdapat 2 buah resort yang agak sesuai utk dijadikan pilihan K69, iaitu Woodland Resort atau Rainforest Resort. Kedua dua resort ini terletak berdekatan

di atara satu sama lain. Walaubagaimanapun, difahamkan bahawa Rainforest resort kerapkali mengalami masalah bekalan air akibat tekanan air yang rendah.

Woodland Resort mempunyai lebih dari 30 buah chalet sesebuah, sebuah dewan makan, kolam renang serta ruang letak kereta yang luas. Sila layari www.woodlandresort.com.my.

DSCF2185DSCF2190DSCF2074DSCF2186

Harga untuk sebuah chalet lebih kurang RM160.00 semalam dan boleh menampung sebuah keluarga.

Aktiviti ;

Day 1

Selepas check-in dan mengisi perut , kita bolehlah bermula dengan aktiviti trekking yang mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk aktiviti mandi

sungai di Lubuk Simpun. Tetapi jangan lupa utk terlebih dahulu mendapatkan pass ke Taman Negara di pejabat Taman Negara yg terletak berhampiran d

engan bayaran RM1/- seorang dan RM5/- untuk kamera. Pulang dari Lubuk Simpun kita boleh singgah utk membasahkan tekak di beberapa buah restoran

terapung yg terletak di jeti Kuala Tahan bersama sama dengan pelancong2 Mat Salleh (tiada kaitan dengan Pek Leh) yg sentiasa menghabiskan masa di restoran tersebut.

Sebagai pilihan mungkin kita boleh ke Lubuk Kelah utk bermain2 dengan ikan kelah yg dikatakan sentiasa lapar menunggu kedatangan pelancong utk memberi

mereka makan.Pada sebelah malam kita boleh mengadakan dinner dan acara bebas di resort mengikut keperluan K69

. DSCF2095 DSCF2086DSCF2085

Day 2

DSCF2123Pada hari kedua, selepas bersarapn di resort, kita boleh teruskan dengan aktiviti jungle trekking yg lebih menyeronokkan yang mengambil masa lebih kurang 30-45 minit utk tiba Ke Canopy Walk. Dengan bayaran RM6 seorang kita akan merasai pengalaman berjalan setinggi 40m di celah celah pohon yang tinggi menjulai sepanjang 350m. Memang seronok tetapi agak memenatkan bagi anak2 kecil dan bapa2 yg mengandung (boroi).

DSCF2118

Selepas makan tengahari dan berehat sebentar, pada sebelah petang kita teruskan dengan aktiviti LENCUN iaitu meredah jeram. Pastikan pakaian yg sesuai! Berbekalkan jeket keselamatan, kita akan di lambung bot dan dibawa meredah beberapa jeram sebelum tiba ke sebuah perkampungan suku asli Batek. Disini kita akan ditunjukkan demonstrasi menyumpit dan menyalakan api tanpa menggunakan mancis.

Dalam perjalan pulang kita boleh singgah di sebuah air terjun berhampiran utk mandi manda. Sebelum pulang ke resort, kita boleh singgah sekali lagi ke restoran terapung untuk sessi Teh Tarik. Untuk trip boat berkenaan bayarannya lebih kurang RM120.00 bagi sebuah boat yang boleh menampung diantara 7-10 orang.DSCF2144sungai

DSCF2161DSCF2178

Pada sebelah malam, marilah kita sama sama menjamu selera di restoran terapung. Kali ini dengan hidanagn istimewa Patin Masak Stimberulam

timun serta dikelilingi tomato yg dihiris halus cicah sambal belacan. Bukan saja menyelerakan malah keenakkanya akan melekat ditekak sehingga

ke 2 -3 minggu. Harga pada tahun 2010 ialah RM70.00 seekor yang boleh dimakan utk 3-4 orang. Dengan jumlah bilangan yg ramai, harap2 tokey

kedai dapat memberikan kita harga yang istimewa….

DSCF2192DSCF2194

Day 3

Selepas bersarapan di resort, kita boleh lah bersantai sambil menunggu anak2 menghabiskan masa di swimming pool sambil mendengar jampi serapah

Tok Moh disamping menunggu CD yang akan diedarkan oleh cameraman seumur hidup.

Akhir sekali Check-out dan bertolak balik ke rumah masing masing.

Sekian.