Tuesday, May 17, 2011

MISI PENCARIAN K69 BERJAYA!


Taman Negara 28 May 2011: K69 sekali telah berjaya dengan misi terbarunya iaitu mencari jejak Tok Moh yang dilaporkan telah menghilang diri di Taman Negara tidak lama dahulu. Misi pencarian daripada K69 ini diketuai oleh Presiden K69 iaitu saudara Hasnul Alfian Harun. "Misi pencarian ini kami lakukan kerana kami sangat sayangkan Tok Moh dan amat merindui beliau" kata saudara Hasnul.

Kesemua mereka yang terlibat di dalam usaha mencari ini telah berkumpul di bermalam di Woodland Resort dan kesungguhan dapat dilihat daripada delegasi K59 ini yang mana ada yang membawa ahli keluarga untuk turut sama membantu menjejaki Tok Moh dan ada juga yang membawa anggota komando muda terlatih di dalam misi ini.

Acara sembahyang maghrib berjemaah serta tahlil dan bacaan Yasin dijadikan pembuka misi kali ini untuk disedekahkan kepada rakan K69 yang telah pergi ke rahmatullah terlebih dahulu serta untuk meminta keredha'an Allah supaya segalanya berjalan lancar. Sejurus selepas itu, K69 telah dikerahkan menjalani latihan ringan berjalan kaki ke restoran terapung sebagai persediaan misi yang akan dijalankan pada keesokan paginya.

Keesokan paginya selepas subuh, ahli K69 telahpun mula berkumpul untuk memulakan misi dan Chief Ranger K69 iaitu saudara Khalid telah memberikan taklimat dan petua-petua untuk mengesan Tok Moh di Taman Negara termasuk cara mengesan dan mengenalpasti tapak kakinya. Setelah itu mereka telah di bawa menyeberang sungai untuk ke kawasan pencarian pertama iaitu di Canopy Walk kerana dilaporkan salah seorang penduduk tempatan dikatakan telah melihat kelibat Tok Moh yang sedang mencari kemiyan di situ.

Setelah menyusuri rimba dan menikmati keindahan alam, K69 akhirnya tiba di Canopy Walk. Oleh kerana Presiden K69 melihatkan ramai ahli misi K69 yang amat keletihan maka beliau mengarahkan kesemua mereka untuk berehat selama 3 jam untuk mengembalikan tenaga mereka. Setelah mereka kembali cergas, maka bermulalah ekspidisi Canopy Walk tersebut.

"Fuh! Dasat sungguh Canopy Walk nih, kalah titi kolam Indah Water aku..!" kata Pek Leh yang amat teruja sambil meniti Canopy Walk yang setinggi 70 meter tersebut. Zul Kang yang mengikuti di belakang berkata "Wah, kalau Canopy Walk ni boleh jalan terus sampai Melaka kan bagus...". Walau apapun, K69 yang lain menyifatkan Canopy Walk itu suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Walau bagaimanapun K69 gagal mengesan Tok Moh di situ tetapi salah seorang K69 iaitu saudara Baba telah menyatakan beliau ada terbau kemiyan semasa melalui Canopy Walk tadi dan ini bermakna Tok Moh berada tidak jauh dari situ. Klu ini telah menaikkan semangat K69 yang sedang menaiki bot untuk berihat dan makan tengahari di restoran terapung dengan hidangan gulai ikan patin yang lazat.

Ketika sedang menikmati makanan tengahari, tiba-tiba datang beberapa orang pelancong Perancis yang memberitahu K69 bahawa mereka telah melihat seorang lelaki sasa sedang berenang-renang dan bemain-main di jeram-jeram yang deras tidak jauh dari situ. Daripada maklumat dan penerangan daripada pelancong Perancis itu, K69 amat pasti ianya Tok Moh kerana yakin tiada orang lain yang mampu berenang di jeram-jeram yang deras itu selain daripada beliau. Oleh itu, pencarian disambung semula dengan misi Rapid Rush iaitu melalui jeram-jeram yang mencabar bagi mengesan Tok Moh di sana.

Terbukti, ia bukan merupakan satu usaha yang sia-sia kerana setelah mengharungi jeram-jeram deras yang mencabar itu, akhirnya Tok Moh berjaya di temui sedang berihat diatas batu di sana. Apabila ditanya oleh K69 kenapa beliau menghilangkan diri di situ maka jawab Tok Moh "Aku pergi audition Mentor hari itu, pas tu dia reject aku, frustlah!". "Bila aku tanya kenapa tak dapat, diaorang kata aku ni Sifu mana boleh join!" sambung Tok Moh yang masih berduka kerana tidak dapat menyertai rancangan yang mempunyai tema "tunjuk ajarku Sifu" di TV3 itu... . Setelah beberapa jam memujuk beliau, akhirnya Tok Moh bersetuju mengikut K69 pulang.

Sebagai merayakan kepulangan Tok Moh, pada malam itu di adakan "BBQ Nite". K69 dihiburkan oleh beberapa penghibur terkenal seperti M Daud Kilau Wannabe serta Justinah Bebel yang amat handal menari.

Di atas kejayaan dan kecemerlangan misi yang diketuai oleh Saudara Hasnul ini, maka K69 yang hadir telah sebulat suara bersetuju supaya beliau dikekalkan sebagai Presiden K69 untuk setahun dua lagi. Sekalung tahniah buat beliau!


Yaxe




TEMPAT PERTEMUAN DAN PERSINGGAHAN AHLI K69 UNTUK MISI KALI INI


ZAIGOL YANG BARU TIBA SEDANG MENDAFTAR MASUK


PRESIDEN K69 MERANGKAP KETUA MISI, SAUDARA HASNUL



SEMBAHYANG MAGHRIB BERJEMAAH SERTA BACAAN YASIN DAN TAHLIL YANG DIIMAMKAN OLEH SAUDARA SAHARUN SAID


MASWATI DAN ANAK-ANAKNYA TURUT SERTA BERSAMA


K69 SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK MENJALANI LATIHAN RINGAN BERJALAN KAKI KE RESTORAN TERAPUNG


SMBY DAN KELUARGA SEDANG MENUJU KE RESTORAN TERAPUNG SAMBIL MENYANYIKAN LAGU "MENITI TITIAN USANG" DARI KUMPULAN SEARCH


JOSX KELIHATAN BEGITU "TEKIH" UNTUK MENCAPAI SESUATU KERANA DIBATAS OLEH PERUTNYA


KELIHATAN MAMAK DAN ZUL KANG RIANG MENJAMU SELERA SAMBIL DIHIBURKAN OLEH INA


SEBAHAGIAN DARIPADA K69 SUDAH MULA BERBINCANG DAN CUBA MENEKA DI MANA TEMPAT PERSEMBUNYIAN TOK MOH


KAUM HAWA K69 SEDANG BERSANTAI SELEPAS SELESAI MAKAN MALAM



SU DAN KELUARGA SUDAH BERSIAP SEDIA BERKUMPUL UNTUK MEMULAKAN MISI


BERGELAK KETAWA SELEPAS MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA CHIEF RANGER KALEO


MISI PENCARIAN TELAHPUN BERMULA


CHIEF RANGER KALEO SEDANG MEMASTIKAN SETIAP AHLI K69 MENAIKI BOT


CIKGU DAN NUAR KELIHATAN AMAT TERUJA BERADA DI DALAM BOT



K69 MENYUSURI JUNGLE TREKKING MENUJU CANOPY WALK


BEREHAT SEBELUM MELALUI CANOPY WALK SAMBIL MENGATUR STRATEGI MENCARI TOK MOH



SHO MENGATUR LANGKAH DI CANOPY WALK


NUAR CUBA MENYEMBUNYIKAN KEGERUNANNYA WALAUPUN LUTUTNYA BERGETAR TAK HENTI-HENTI


BABA TIBA-TIBA BERKELAKUAN ANEH SETELAH TERHIDU KEMIYAN TOK MOH


MASAK GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN YANG TERSEDIA UNTUK MAKAN TENGAHARI



PENDUDUK TEMPATAN YANG TELAH TERLIHAT KELIBAT TOK MOH ...Kih kih kih (Mie jgn mare yek..)


PELANCONG PERANCIS YANG TERNAMPAK TOK MOH DI JERAM (Maaf gambar terpaksa di ambil dari jauh atas sebab-sebab tertentu)



ANGGOTA KOMANDO MUDA TERLATIH YANG DIBAWA KHAS OLEH JOSX UNTUK MEMBANTU MENGESAN TOK MOH



AKHIRNYA TOK MOH BERJAYA DITEMUI!



TOK MOH MEMALINGKAN MUKANYA CUBA "JUAL MAHAL" KETIKA DIPUJUK UNTUK PULANG


TOK MOH DIBERI PELUANG UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA BBQ NITE BAGI MENGUBAT KEKECEWAAN HATINYA YANG GAGAL MENYERTAI "MENTOR" MUSIM TERBARU


M DAUD KILAU WANNABE SEDANG MENGHIBURKAN K69


JUSTINAH BEBEL SEDANG MENUNJUKKAN KEPAKARAN DI DALAM TARIANNYA



CLUE BAGI DESTINASI TRIP K69 TAHUN 2012 NANTI. SAPA BOLEH TEKA KAT MANA?