
KUALA LUMPUR, AHAD: Jamuan Hari Raya K69 pada tahun 2009 telah mencetuskan berbagai kejutan. Kejutan pertama berlaku apabila konsep menjamu selera di cafe bertukar kepada konsep menjamu selera cara "kampung". Menurut penyelaras Jamuan iaitu Saudari Cik A, pertukaran konsep ini memang sengaja dilakukan bertujuan untuk membawa mereka yang hadir mengimbas kembali kenangan hidup di kampung seperti zaman dulu-dulu dan kebetulan pula tempat jamuan diadakan juga bernama Kampung Warisan. Sememangnya pengalaman makan bersila beramai-ramai menjadikan majlis jamuan ini sungguh istimewa kerana rata-rata yang hadir amat gembira kerana mereka merasakan kemesraan yang terjalin sejak sekian lama semakin erat dan mesra seperti satu keluarga, 1Malaysia.
Majlis jamuan ini juga dikejutkan dengan kehadiran ahli K69 yang sememangnya telah lama tidak bersama mereka iaitu Saudara Ganyut, Busam dan Ganja. Kehadiran mereka telah menyerikan lagi majlis jamuan tersebut kerana ia menimbulkan keinsafan dan mengingatkan kepada semua yang hadir betapa berusianya kita semua.
Kejutan terakhir yang terjadi adalah apabila mereka telah kekenyangan menjamu selera, tiba-tiba satu masakan istimewa Nasi lemak yang resepinya dicipta oleh Ibu saudari Anuar Alawiyah telah tiba. Oleh kerana tidak tahan dengan bau wangi nasi lemak itu, mereka yang telah kekenyangan tadi terus mengambil pinggan masing-masing dan menjamu selera sekali lagi tanpa dipaksa sesiapa.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat untuk Saudara Safuan (Ganyut) dan Isteri yang akan berlepas ke Tanah Suci tidak lama lagi dan tidak ketinggalan juga doa untuk Mama Salawati yang datang bersama anak daranya yang diperkenalkan sebagai adiknya untuk mengelirukan musuh-musuh yang ada, semoga mendapat menantu yang soleh ye mama...?
YAXE

KETIBAAN KEHORMAT SAUDARA GANYUT DAN ISTERI

BERGURAU SENDA BERCERITA

KALEO MELIHAT KE ATAS KEPALA GANJA SAMBIL MENYAPU-NYAPU RAMBUTNYE, MUNGKIN DEK KERANA RISAU AKAN RAMBUTNYA YANG SEMAKIN NIPIS TU...

PEK LEH CUBA MENGOREK RAHSIA SENTIASA KELIHATAN REMAJA DARI JOHAN

GEE SEDANG MELAKUKAN SENAMAN MULUT SEBELUM MELAKUKAN ACARA SANTAPAN

PEK LEH BERUSAHA KERAS MENAHAN NAFAS DAN MENGEMPISKAN PERUT SUPAYA SAMA RATA DENGAN JOHAN & KALEO

BUSAM & GANJA KERESAHAN KERANA MAKANAN BELUM DIHIDANGKAN LAGI

GANYUT CUBA MEMBERI POSING YANG PALING MANIS

WALAUPUN PUAS KAMERA CUBA UNTUK MEMFOKUS PINGGAN YANG DIPEGANG OLEH GANYUT, TETAPI KETARAN TANGANNYA MASIH TETAP BERBISA

AKHIRNYA BUSAM DAN GANJA DAPAT MAKAN

BAKAL YB LIPIS

PARA WANITA SEDANG MENIKMATI NASI LEMAK TERMASUK TUANNYA SENDIRI

SAHRAN BERSANTAPAN DENGAN TENANG SEKALI DAN CIK A MASIH BELUM DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA UNTUK MAKAN LAGI KE TIDAK

ROSNIAH BERPOSING MANIS, SEMANIS SAMBAL NASI LEMAK ANUAR ALAWIYAH

PARA ISTERI K69

BAGIKAN IKAN HARUAN MEMAKAN ANAKNYA, BEGITULAH AKSI AYAM MERATAH AYAM