Wednesday, October 7, 2009

HARI-HARI MENGHARUKAN PEK LEH


KUALA LUMPUR: Pada hari Jumaat minggu lepas merupakan hari yang amat mengharukan buat diri saudara Taufik Salleh atau dikenali sebagai Pek Leh kerana dengan tidak sengaja beliau telah bertemu kembali dengan kembar seiras beliau yang merupakan senior 1 tahun kepada beliau di SEMSAS dulu. Pertemuan yang tidak disangka-sangka di Masjid Intan Bukit Kiara itu membuatkan mereka berpeluk-pelukan dengan genangan air mata kelihatan di dalam mata mereka. Kembar seirasnya itu mengakui sekian lama beliau menghilangkan diri adalah kerana beliau sibuk dengan misi-misinya di luar negara terutama di Pakistan dan Bangladesh. Beliau juga sibuk dengan perniagaan kopi Naly's dan Naly's Cafe yang diusahakan oleh beliau di Ukay Perdana dan juga sedang di dalam perancangan untuk mebuka sebuah kilang pisau cukur di Malaysia. Sehubungan dengan itu Pek Leh telah menawarkan hadiah yang menarik berupa Santapan Hari Raya di Kampung Warisan pada Ahad ini dengan bayaran hanya RM20 seorang kepada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat siapakah gerangan kembar seirasnya ini. Sekarang cuba teka SIAPAKAH NAMA BELIAU?


YAXE

No comments: