Wednesday, June 30, 2010

TAHNIAH UNTUK K69!


Sekalung tahniah kepada ahli K69 yang telah terpilih sebulat suara membarisi Persatuan Exsas 2010/2012 . Mereka adalah Saudari Anuar 'Alawiyah Othman yang dipilih sebagai Naib Presiden 1 dan Salawati Samsudin serta Yusri Yunus yang telah terpilih sebagai AJK.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada Saudara Josx yang telah berusaha tanpa mengenal erti kegagalan untuk memastikan K69 mempunyai suara di dalam Exsas. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada K69 lain yang hadir memberi sokongan padu serta bekas pelajar dari "batch-batch" lain yang telah memberi kepercayaan penuh dan berkeyakinan tinggi memilih mereka ini sewaktu pengundian dijalankan.

Semoga mereka akan menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab yang diberi dengan sempurna dan menjadi kebanggaan K69 hendaknya.

Yaxe.

Tuesday, June 15, 2010

SOROTAN - SEMSAS HOMECOMING 2010

Sempena SEMSAS Homecoming yang akan diadakan tidak lama lagi, mari kita sorotkan memori kita di zaman persekolahan di SEMSAS yang kita tinggalkan 24 tahun dahulu dengan menatap foto-foto yang berada di dalam simpanan peti besi Cikare. All comments are welcome.

Yaxe


SEH KUDA DAN "KERINCHI" YANG DAPAT DIKENALI DI DALAM FOTO INI. APA OKASINYA MUNGKIN ADA YANG TAHU....



SHAMSUL NAHAR DAN ZAINAL ABIDIN BERMANJA BERSAMA.





MARDIANA BERGAMBAR BERSAMA "MATA DE-METALLICA" YANG SIAP BERSONGKOK LAGI. NI MASA BILA NIH?



DARA-DARA PINGITAN YANG KELIHATAN AGAK "KORENG-KORENG" BELAKA...



HA HA MALAM SERIBU BINTANG! SAPA YANG PAKAI SPEK GELAP BELAH KIRI TU???



TU DIA... SKIRT KEMBANG GILER.... LENGGOK MAK LIMAH, JANGAN TAK LENGGOK!



TENGAH PELAHAP DIKANTIN SEKOLAH. KANTIN NI MENGINGATKAN KITA KEPADA AMALAN "ZAKAT" BUDOK LELAKI DI WAKTU REHAT.

Friday, June 4, 2010

PROGRAM ZIARAH K69

Baru-baru ini wakil daripada K69 telah menziarahi salah seorang warga K69 kita iaitu saudara Suhardi aka Jaka yang mana anak perempuannya , Siti Salma sedang menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Rombongan Ziarah K69 ini diketuai oleh Tuan Presiden Hasnul dan diiringi oleh saudara Kaleo, Baba, Cikare and Yaxe. Semasa ketibaan mereka di IJN, anak perempuan Suhardi yang berusia 6 tahun ini telahpun selamat menjalani pembedahan menutup jantungnya yang berlubang dan kini berada di dalam wad kawalan rapi. Menurut kata Suhardi, beliau akan berada di IJN untuk beberapa hari lagi sehingga dibenarkan keluar. Kepada warga K69 yang ingin menziarahi mereka bolehlah berbuat demikian dengan menelefon Suhardi 014-8290420 terlebih dahulu. Marilah seluruh Warga K69 mendoakan semoga anak beliau cepat sembuh. Insya'allah.

Yaxe.





WAKIL K69 BERGAMBAR DENGAN SUHARDI DAN ISTERI






ANAK PEREMPUAN SUHARDI SESUDAH MENJALANI PEMBEDAHAN



MENJAMU SELERA BERSAMA SUHARDI



SUMBANGAN DARIPADA K69 DISAMPAIKAN OLEH KALEO



TUAN PRESIDEN K69 DAN "BAKAL PRESIDEN 2011"





BUNTING YANG TERDAPAT DI DALAM IJN



SUHARDI, BABA DAN HASNUL SEDANG MENJALANI UJIAN DI IJN

Thursday, June 3, 2010

ADUAN POLIS DILAKUKAN KE ATAS NANI


Kuantan, Sabtu: Satu Laporan Polis telah dilakukan terhadap Nani kerana didakwa cuba mencederakan Penulis Papan Markah “Telematch” pada Hari Keluarga K69 yang didadakan di Duta Sands Resorts Beserah baru-baru ini. Akibat kejadian itu, Penulis Papan Markah tersebut kini berada di dalam keadaan tertekan dan trauma dan tidak dapat tidur malam yang mana mungkin akan menjejaskan kesihatannya.

Sebelum kejadian tersebut, Nani dikatakan naik berang kerana rumah yang diwakilinya iaitu “Skylab” telah tewas di dalam salah satu pertandingan yang diadakan. Disebabkan tidak dapat menerima kekalahan tersebut, beliau telah menuduh berlakunya komplot untuk menjatuhkan rumah “Skylab”.

Saksi mengatakan beliau telah merampas mikrofon daripada penganjur pertandingan iaitu saudara Kaleo lalu menghempasnya ke tanah. Kejadian itu mengakibatkan pertandingan tersebut tergendala sebentar dan disifatkan oleh saksi-saksi amat menggerunkan. Tetapi yang anehnya beliau menyalahkan Penulis Papan Markah, sedangkan tugas Penulis Papan Markah itu hanyalah menulis markah dan menerima arahan daripada pengadil perlawanan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Oleh kerana keadaan menjadi semakin kecoh, Seh Kuda terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk memenangkan Nani.

Menurut jurucakap polis, mereka akan melakukan penyiasatan secepat yang mungkin dan juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja serta memanggil MACC untuk menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah di dalamnya kes tersebut. “Tolong jangan buat spekulasi, beri peluang pada kami untuk menjalankan siasatan” itulah amaran pihak polis kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas kes ini terutamanya parti-parti politik.

Dalam pada itu, salah seorang daripada peserta K69 dari rumah Soyuz iaitu saudara Tok Moh telah di nasihatkan untuk pergi mendapatkan rawatan doktor setelah urat lehernya yang timbul ketika memprotes pada hari “telematch”, kini masih lagi timbul sehingga sekarang. Ianya merupakan satu kejadian aneh yang jarang-jarang berlaku dan menimbulkan persoalan kepada para doktor dan pakar perubatan di Malaysia. Ada yang berpendapat, untuk menghilangkan urat leher yang timbul itu adalah dengan menyapukannya menggunakan minyak lintah. Apabila ditanya, Tok Moh menjawab pendek tapi sinis, “Lintah? Aku pun ada …”

Di malam pada hari yang sama, saudara Ayam juga telah menunjukkan tajinya. Beliau buat pertama kalinya telah menampilkan dan memperkenalkan pengikut-pengikutnya yang amat tergila-gila untuk menjadi ayam sepertinya. Jelas sekali dapat dilihat pelbagai golongan tidak kira tua atau muda telahpun terpengaruh dengan saudara Ayam ini. Apabila ditemuramah, Ayam menyatakan keyakinannya bahawa para pengikutnya akan melebihi jumlah pengikut Abuya tidak lama lagi. Beliau juga bercadang untuk melebarkan lagi pengaruhnya ke luar negara kecuali Amerika Syarikat kerana beliau amat membenci Colonel Sanders.


Yaxe





NANI KELIHATAN TENANG SEBELUM DIA NAIK 'SHEIKH" SAMBIL MENIKMATI AISKRIM YANG DITAJA SECARA TIDAK SENGAJA OLEH SAUDARA AYAM



RASA KETIDAKPUASAN HATI NANI TELAH DAPAT DILIHAT DI GAMBAR INI, APATAH LAGI APABILA CUBAANNYA UNTUK MENGADU TIDAK DILAYAN OLEH MARZITA YANG BUAT "DUNNO" SAHAJA



MIKROFON YANG MUSNAH DIHEMPAS OLEH NANI YANG KINI MENJADI BARANG KES



INILAH GAMBAR MANGSA YANG DIANCAM OLEH NANI. IDENTITINYA TERPAKSA DIRAHSIAKAN DEMI MENJAGA KESELAMATAN BELIAU



SETELAH MAHU MENCEDERAKAN SI PENULIS PAPAN MARKAH, NANI MENGAMBIL "MARKER" DAN MENULIS SENDIRI MARKAH BAGI RUMAH SKYLAB




RAMBO TERPAKU DAN JUGA AMAT TERKEJUT MELIHAT GELAGAT NANI ITU



ANUAR YANG JUGA DI DALAM KETAKUTAN CUBA MASUK KE DALAM BAJU CIKARE




SEH KUDA YANG DIKEJARKAN KE TEMPAT KEJADIAN UNTUK MENENANGKAN NANI




SETELAH KEADAAN TENANG, KALEO YANG MEMEGANG MIKROFON MEJAUHKAH DIRINYA SUPAYA TIDAK DI RAMPAS OLEH NANI LAGI



ANGGOTA BAHAGIAN FORENSIK BUKIT AMAN DENGAN KAMERA YANG MENGAMBIL GAMBAR-GAMBAR BUKTI KETIKA SIASATAN





URAT LEHER TOK MOH YANG TIMBUL DAN TIDAK MAHU TENGGELAM SAMPAI SEKARANG



AYAM DI DALAM AKSI MENUNJUKKAN TAJINYA




PARA PENGIKUT AYAM YANG SETIA




INDIVIDU YANG AMAT DIBENCI OLEH AYAM DI AMERIKA SYARIKAT





BRAVO K69!!!!!