Thursday, June 3, 2010

ADUAN POLIS DILAKUKAN KE ATAS NANI


Kuantan, Sabtu: Satu Laporan Polis telah dilakukan terhadap Nani kerana didakwa cuba mencederakan Penulis Papan Markah “Telematch” pada Hari Keluarga K69 yang didadakan di Duta Sands Resorts Beserah baru-baru ini. Akibat kejadian itu, Penulis Papan Markah tersebut kini berada di dalam keadaan tertekan dan trauma dan tidak dapat tidur malam yang mana mungkin akan menjejaskan kesihatannya.

Sebelum kejadian tersebut, Nani dikatakan naik berang kerana rumah yang diwakilinya iaitu “Skylab” telah tewas di dalam salah satu pertandingan yang diadakan. Disebabkan tidak dapat menerima kekalahan tersebut, beliau telah menuduh berlakunya komplot untuk menjatuhkan rumah “Skylab”.

Saksi mengatakan beliau telah merampas mikrofon daripada penganjur pertandingan iaitu saudara Kaleo lalu menghempasnya ke tanah. Kejadian itu mengakibatkan pertandingan tersebut tergendala sebentar dan disifatkan oleh saksi-saksi amat menggerunkan. Tetapi yang anehnya beliau menyalahkan Penulis Papan Markah, sedangkan tugas Penulis Papan Markah itu hanyalah menulis markah dan menerima arahan daripada pengadil perlawanan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Oleh kerana keadaan menjadi semakin kecoh, Seh Kuda terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk memenangkan Nani.

Menurut jurucakap polis, mereka akan melakukan penyiasatan secepat yang mungkin dan juga tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja serta memanggil MACC untuk menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah di dalamnya kes tersebut. “Tolong jangan buat spekulasi, beri peluang pada kami untuk menjalankan siasatan” itulah amaran pihak polis kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan di atas kes ini terutamanya parti-parti politik.

Dalam pada itu, salah seorang daripada peserta K69 dari rumah Soyuz iaitu saudara Tok Moh telah di nasihatkan untuk pergi mendapatkan rawatan doktor setelah urat lehernya yang timbul ketika memprotes pada hari “telematch”, kini masih lagi timbul sehingga sekarang. Ianya merupakan satu kejadian aneh yang jarang-jarang berlaku dan menimbulkan persoalan kepada para doktor dan pakar perubatan di Malaysia. Ada yang berpendapat, untuk menghilangkan urat leher yang timbul itu adalah dengan menyapukannya menggunakan minyak lintah. Apabila ditanya, Tok Moh menjawab pendek tapi sinis, “Lintah? Aku pun ada …”

Di malam pada hari yang sama, saudara Ayam juga telah menunjukkan tajinya. Beliau buat pertama kalinya telah menampilkan dan memperkenalkan pengikut-pengikutnya yang amat tergila-gila untuk menjadi ayam sepertinya. Jelas sekali dapat dilihat pelbagai golongan tidak kira tua atau muda telahpun terpengaruh dengan saudara Ayam ini. Apabila ditemuramah, Ayam menyatakan keyakinannya bahawa para pengikutnya akan melebihi jumlah pengikut Abuya tidak lama lagi. Beliau juga bercadang untuk melebarkan lagi pengaruhnya ke luar negara kecuali Amerika Syarikat kerana beliau amat membenci Colonel Sanders.


Yaxe





NANI KELIHATAN TENANG SEBELUM DIA NAIK 'SHEIKH" SAMBIL MENIKMATI AISKRIM YANG DITAJA SECARA TIDAK SENGAJA OLEH SAUDARA AYAM



RASA KETIDAKPUASAN HATI NANI TELAH DAPAT DILIHAT DI GAMBAR INI, APATAH LAGI APABILA CUBAANNYA UNTUK MENGADU TIDAK DILAYAN OLEH MARZITA YANG BUAT "DUNNO" SAHAJA



MIKROFON YANG MUSNAH DIHEMPAS OLEH NANI YANG KINI MENJADI BARANG KES



INILAH GAMBAR MANGSA YANG DIANCAM OLEH NANI. IDENTITINYA TERPAKSA DIRAHSIAKAN DEMI MENJAGA KESELAMATAN BELIAU



SETELAH MAHU MENCEDERAKAN SI PENULIS PAPAN MARKAH, NANI MENGAMBIL "MARKER" DAN MENULIS SENDIRI MARKAH BAGI RUMAH SKYLAB




RAMBO TERPAKU DAN JUGA AMAT TERKEJUT MELIHAT GELAGAT NANI ITU



ANUAR YANG JUGA DI DALAM KETAKUTAN CUBA MASUK KE DALAM BAJU CIKARE




SEH KUDA YANG DIKEJARKAN KE TEMPAT KEJADIAN UNTUK MENENANGKAN NANI




SETELAH KEADAAN TENANG, KALEO YANG MEMEGANG MIKROFON MEJAUHKAH DIRINYA SUPAYA TIDAK DI RAMPAS OLEH NANI LAGI



ANGGOTA BAHAGIAN FORENSIK BUKIT AMAN DENGAN KAMERA YANG MENGAMBIL GAMBAR-GAMBAR BUKTI KETIKA SIASATAN





URAT LEHER TOK MOH YANG TIMBUL DAN TIDAK MAHU TENGGELAM SAMPAI SEKARANG



AYAM DI DALAM AKSI MENUNJUKKAN TAJINYA




PARA PENGIKUT AYAM YANG SETIA




INDIVIDU YANG AMAT DIBENCI OLEH AYAM DI AMERIKA SYARIKAT





BRAVO K69!!!!!

1 comment:

whitnaney said...

napelah nko ni giler Yaxe!!!