Monday, October 25, 2010

K69 JUARA BOLING KESELURUHAN


17 Okober 2010 melakarkan sejarah bagi K69 kerana berjaya mencatat sejarah dalam Pertandingan Boling Exsas 2010 kerana menjuarai 4 kategori pertandingan dan memecahkan 1 rekod. Kategori pertama yang dimenangi oleh K69 adalah penyertaan pasukan paling banyak. 3 Pasukan yang dihantar oleh K69 ternyata gagal dicabar oleh mana-mana pasukan Exsas lain pada hari tersebut.

Di samping itu, K69 juga telah memenangi kategori "posing" paling bergaya yang mana posing pasukan "Menggelediang" tenyata gagal ditiru dan diganggu gugat oleh pasukan lain walaupun mereka mencuba sedaya upaya. Gaya posing tersebut telah membuatkan para hakim pertandingan sebulat suara memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan daripada K69 ini.

Kategori ke-3 yang dimenangi oleh K69 adalah milik salah seorang pemain handalan mereka daripada pasukan "Menggelediang" iaitu saudara Maktab aka Wan Mustafa Kamal yang mana beliau memenangi kategori Pemain Terbaik Keseluruhan "Sebelum" Perlawanan. Kemenangan beliau ini memang tidak dijangka oleh sesiapapun kerana beliau jarang berlatih sebelum ini. "Saya tidak sangka menang sebab kali ni saya main guna tangan kiri, biasanya saya main tangan kanan" kata Maktab dengan gembira.

Dan saudari Mardiana telah melengkapkan kemenangan bergaya K69 di dalam kategori jatuhan Pin Terbanyak dalam perlawanan. Kejayaan saudari Mardiana secara tidak langsung juga telah menyelamatkan pasukan mereka tergelincir jatuh akibat prestasi rakan sepasukan beliau iaitu Madam Tie yang merudun akibat kehilangan fokus. Ini amat memeranjatkan banyak pihak kerana walaupun Madam Tie telah membeli kamera digital yang baru, tetapi beliau masih lagi gagal mendapatkan fokus yang baik.

Saudara Ayam pula mencatatkan namanya di dalam Guinness World Record menjadi satu-satunya ayam yang berjaya mengangkat bola boling. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik beliau kerana sebelum ini beliau hanya mampu mengangkat bola golf sahaja.


Kekacauan "Jiwa" juga telah mengakibatkan sebuah lagi pasukan K69 iaitu "Kaki Litup" gagal menyinar pada kali ini. "Saya rasa ada sesuatu yang mengacau jiwa rakan sepasukan saya pada perlawanan hari ini" kata Pek leh menceritakan keadaan pelik yang berlaku kepada saudara Hasnul & Kaleo selepas ternampak "seseorang" pada perlawanan tersebut. Pek Leh berkata jika keadaan ini tidak berubah, maka beliau akan membawa mereka berdua ini berjumpa Tok Moh bagi merawati mereka.

Yaxe










PASUKAN MENGGELEDIANG SEDANG MEMANASKAN BADAN DAN MELAKUKAN STRECTCH-UP




POSING YANG MEMENANGI TEMPAT PERTAMA (Gambar ehsan Aminor)




KEPANTASAN BRO NAJ MEMBALING BOLA GAGAL DITANGKAP OLEH KAMERA DENGAN JELAS






MADAM TIE MAHU MENUMBUK CAMERAMAN DIATAS PRESTASINYA YANG MERUDUN






JATUHAN PIN YANG MENGGENTARKAN LAWAN






MAKTAB MENJULANG PIALA PEMAIN TERBAIK SEBELUM PERLAWANAN YANG DIMENANGINYA DENGAN BEGITU MEGAH SEKALI






SAUDARI MARDIANA YANG MENCERIAKAN KEM K69




REKOD DUNIA TELAH TERCATAT, SATU-SATUNYA AYAM YANG BERJAYA MENGANGKAT BOLA BOLING






CHEERLEADER K69 YANG TELAH MENAIKKAN SEMANGAT BRO NAJ






GENG KAKI LITUP SEBELUM JIWA MEREKA KACAU





ATAN TAK DISANGKA-SANGKA BERJUMPA KAWAN LAMA KETIKA DI BANGLADESH DAHULU






SHIDA YANG TURUT SAMA MEMBERI SOKONGAN MORAL






CIKGU YANG MASIH TIDAK PERCAYA KERANA MELAKUKAN "STRIKE" ASYIK TERSENYUM MEMANJANG






MADAM TIE MENUNJUKKAN KEPADA "CIKGU" BAGAIMANA MELAKUKAN CENGKAM HARIMAU KE ATAS BOLA BOLING






WARGA K69 YANG HADIR BERKESEMPATAN BERTEMU BEKAS PELAJAR PALING SENIOR IAITU DARIPADA FIRST BADGE SEMSAS - ATUK QISAN

No comments: