Monday, October 11, 2010

TTK69 & MAJLIS PERPISAHAN CIK A

24 September lalu, K69 meraikan majlis perpisahan dengan Cik A yang terus gigih menuju puncak menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi sebagai menyambut seruan kerajaan 1Malaysia untuk "memperkasakan" rakyat yang cerdik pandai demi kemajuan negara. Beliau yang telah pun mengisi borang untuk menyertai pertubuhan bukan kerajaan "PERKASA" tetapi tidak sempat menghantarnya, kelihatan sungguh bersemangat untuk menyahut cabaran ini di Bristol, England.

Di dalam ucapan perpisahan malam itu, Cik A sempat berpesan kepada warga K69 supaya terus mengikat tali persaudaraan bagi menentang ancaman-ancaman mendatang baik secara langsung atau tidak langsung. Beliau juga mengecam tindakan Yahudi di Israel yang meneruskan projek pembinaan haram di Tebing Gaza ketika kedua-dua pihak masih di meja rundingan. Kaleo mencadangkan supaya usul tersebut di bawa ke mesyuarat tahunan K69 akan datang tetapi ianya telah ditolak oleh Timbalan Presiden K69 iaitu saudara Badek kerana beliau berpendapat banyak usul-usul terdahulu belum diselesaikan lagi.

Majlis malam itu juga diserikan dengan jamuan kuih raya yang dibawa oleh saudari Anuar 'Alawiyah merangkap Timbalan Presiden EXSAS 2010/2011. Manakala hidangan makanan utama pula ditaja sepenuhnya oleh Tuan Haji Ganyut yang begitu terkenal dengan kemurahan hatinya. Sekalung terima kasih juga kepada jurugambar profesional iaitu saudari Ida daripada syarikat "I Da Amik Gambo Enterprise" yang menaja gambar-gambar ketika majlis ini berlangsung. Beliau juga merupakan isteri kepada Tuan Baba kita.

Cik A dan K69 juga amat berbesar hati dengan kehadiran saudara Og (Batch '87) dan Masha (Batch' 90) yang bersusah payah untuk hadir pada majlis tersebut walaupun sibuk dengan tugasan harian. Mereka menyatakan kesedihan mereka akan kehilangan seorang anggota kumpulan The N3C . Tetapi mereka kembali ceria setelah Cik A menyatakan The N3C tidak akan dibubarkan dan beliau akan tetap menganggotai kumpulan itu apabila pulang ke tanah air kelak. Anggota lain kumpulan The N3C iaitu Nuar, Nana dan Nani berkata demi memenuhi permintaan peminat, mereka akan meneruskan persembahan walaupun dengan ketiadaan Cik A. "Kami sememangnya akan merindui Cik A kerana beliau adalah yang paling lincah di antara kami dan juga pakar tarian twist" Kata Nuar dengan hiba. "Ketiadaan Cik A membuat Nana rasa rendah berbanding dengan ahli anggota lain" Keluh Nana. "Kalau Cik A takde, siapa nak ambik aku kat airport nanti? tanya Nani pula...

Tepat pukul 12.30pagi, TTK69 dan majlis perpisahan itu bersurai dan semua yang hadir mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Cik A dan ada yang telahpun menempah tiket ke England untuk bertemu beliau di sana walaupun beliau masih lagi berada di Malaysia pada ketika itu.
Sebelum pergi Cik A sempat berpesan "Insya'allah, kalau ada kesempatan nanti Cik A akan join K69 Family Trip pada Mei tahun depan".

K69 Mengucapkan Selamat Jalan kepada Cik A dan semoga sukses di dalam apa jua cita-cita dan impian beliau. Walaupun Cik A jauh di mata, tetapi beliau tetap dekat di hati K69.

Yaxe






KEMERIAHAN MAJLIS JELAS KELIHATAN DI SINI



ADA SESUATU YANG MENGELIKAN HATI CIK A, NANI & MASHA



KUIH RAYA EHSAN DARIPADA NUAR. SUNGGUH ENAK KALAU DI MAKAN BEGITU SAHAJA



SEBAGAI MENGUJI MINDA BAKAL DR. FALSAFAH KITA, TOK MOH MEMBERIKAN SOALAN KUIZ KEPADA CIK A : "BERAPA BANYAKKAH JUMLAH IKAN TOMAN DI DALAM TASIK PAYA BUNGOR ?" NUAR DAN NANA CUBA MEMBERI "CLUE" KEPADA CIK A



MAKANAN SEDANG DIHIDANGKAN




CIK A SEDANG MEMOTONG KEK PERPISAHAN YANG DIBUAT KHAS UNTUKNYA




SEBAGAI BEKAS PELAJAR SEMSAS PALING JUNIOR DI SITU, MASHA DIPAKSA MEMBACA DOA MAKAN



SEBELUM SEMPAT DOA HABIS DIBACA, TOK MOH SUDAH MENGANGKAT SUDU DAN GARFUNYA UNTUK MULA BERSANTAP



KALEO YANG HAMPA KERANA USULNYA TIDAK DITERIMA TERUS MELITUP




SMBY CUBA MENUNJUKKAN TOK MOH GAYA TARIAN BARU DI KELAB DANGDUT



KETIKA SEDANG RANCAK BERBUAL, TUAN HAJI GANYUT MENERIMA SATU PANGGILAN TELEFON DAN TERPAKSA BERGEGAS MENINGGALKAN MAJLIS, MUNGKIN UNTUK KE MAJLIS LAIN PULA




PRESIDEN K69 IAITU SAUDARA HASNUL YANG BARU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BROADBAND P1 BERTANYA KEPADA SEMUA K69 YANG BERADA DI SITU "SUDAH POTONG?"




NANI DAN BADEK SUDAH MULA BERBINCANG MENGENAI PERSEMBAHAN RUMAH SKYLAB PADA HARI KELUARGA K69 TAHUN DEPAN. TETAPI CORAK PERSEMBAHAN MEREKA NANTI TELAH PUN DIJANGKA ADA KENA-MENGENA DENGAN NYANYIAN YANG MANA SETIAP ORANG AKAN MEMEGANG KERTAS LIRIK SAMBIL MENYANYI ATAU BERPANTUN...DAH TAU DAH...




OG YANG BARU HABIS DARI KONSERT CELCOM JUGA DATANG MENGHADIRKAN DIRI UNTUK MEMERIAHKAN SUASANA




2 ANGGOTA KUMPULAN THE N3C IAITU NANA DAN NUAR KELIHATAN AMAT BERAT MELEPASKAN CIK A PERGI



NANI MASIH LAGI TERTANYA-TANYA "KALAU CIK A TAKDE, SIAPA YANG NAK AMBIK AKU KAT AIRPORT?"

No comments: