Sunday, November 8, 2009
“WEDDING OF THE YEAR” YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
Ampang Selangor, Ahad: Perkahwinan “Wedding Of The Year” Dato’ Najmuddin dan pasangan pengantin Datin Zurina telah diadakan dengan begitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Ia bertemakan warna biru yang melambangkan keserasian dan kemesraan kedua-dua mempelai yang kelihatan seperti pinang di belah dua di atas pelamin.
Sejak pagi lagi kelihatan sudah ramai yang telah menghadiri majlis tersebut dan apabila jam menjangkau pukul 1 petang, jemputan daripada K’69 telah mula muncul seorang demi seorang. Di antara yang terawal tiba adalah saudara Norzalimi (Pecoh) bersama anak gadis kecilnya sebagai ganti orang rumah. Kemudian tiba pula Cik A dan Rosniah yang kelihatan terus berbaris mencapai pinggan dan mengambil makanan, mungkin kerana dek terlalu lapar agaknya.
Pasangan intim yang tak dapat dipisahkan iaitu saudara Busam dan Ganja juga turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut dan mereka segera diberi tempat duduk oleh penyambut tetamu kerana mereka bimbang untuk membiarkan Ganja berdiri terlalu lama. Di antara para petugas rasmi pada majlis itu ialah saudara Rushdan (Baba) yang mana beliau telah dilantik sebagai Jurugambar Bertauliah. Cik A pula tiba-tiba didatangi oleh seorang tetamu yang meminta beliau menambahkan air minuman kerana telah kehabisan. Adalah difahamkan tetamu itu menyangka Cik A adalah ahli keluarga pengantin kerana baju yang dipakai beliau sama dengan warna air minuman di majlis tersebut.
Perjalanan delegasi K’69 dari Kuantan pula dilaporkan telah tersekat di dalam kesesakan lalulintas di lebuh raya MRR2 yang mungkin disebabkan oleh begitu ramai yang mahu menghadiri majis perkahwinan tersebut. Walaubagaimanapun delegasi yang diketuai oleh saudara Josex itu telah berjaya sampai tepat pada waktunya.
Jemputan yang paling lambat tiba adalah saudara Khusaini (Mamak) yang mana beliau memanglah sentiasa lambat termasuklah lambat ke pejabat setiap masa di Syarikat Bernas.
Majlis tersebut telah dihiburkan oleh Kumpulan Estrella, yang menyajikan lagu-lagu merdu secara “Uplugged”. Para hadirin kelihatan amat terpegun dengan kehebatan Kumpulan Estrella ini, bukan kehebatan persembahan mereka, tetapi kehebatan rupa penyanyinya.
Setelah selesai menjamu selera dan bergambar bersama pasangan pengantin, K’69 meneruskan agenda seterusnya iaitu mengeteh dan setelah membuat undian maka Bora Ombak CafĂ© telah menjadi destinasi pilihan perjumpaan pada kali ini.
Setelah tiba di Bora Ombak, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali beserta dengan ribut petir. Walaupun ianya menimbulkan sedikit kesukaran kepada K’69 untuk mengelakkan tempias hujan tersebut tetapi cuaca sebegini sememangnya merupakan berita baik untuk pasangan pengantin Dato’ Naj dan Datin Zurina,
Perjumpaan dan sesi mengeteh K’69 berjalan dengan begitu jayanya dan Presiden Hari Keluarga K’69 iaitu saudara Anuar Alawiyah amat berharap semua ahli K’69 dapat menyertai Hari Keluarga K’69 2010 yang akan diadakan di Cherating Kuantan pada Mei tahun depan.
YAXE
CIK A DAN ROSNIAH SEDANG MENJAMU SELERA TANPA MENGHIRAUKAN KEADAAN SEKELILING
NORZALIMI (PECOH) MEMBERI INSYARAT TANGAN MENYATAKAN BETAPA BESTNYA NASI MINYAK TERSEBUT YANG DENGARNYA DIMASAK SENDIRI OLEH PENGANTIN PEREMPUAN
KALEO MAKAN DENGAN TERTIBNYA BERSAMA KELUARGA
BUSAM YANG SENTIASA ADA MENJAGA GANJA
SAUDARA AZMI BERSAMA KELUARGA
AIZA BERSAMA SUAMI YANG DIKATAKAN BERSAUDARA DENGAN BILL GATES
ANUAR ALAWIYAH SEDANG SIBUK MENGAMBIL KEDATANGAN TETAMU YANG HADIR, UNTUK APA WALLAHU'ALAM...
ZULKANG MENUTUP MATA BERTAFAKUR SEBENTAR SEBELUM MENJAMU SELERA
UCOP KELIHATAN BEGITU GEMBIRA DI HARI TERSEBUT
CIKGU DAN ATAN TAK PUAS-PUAS BERBUAL BERSAMA WALAUPUN DATANG DENGAN SATU KERETA DARI KUANTAN
KETUA DELEGASI DARI KUANTAN SAUDARA JOSX CUBA MENERANGKAN KEPADA BUSAM DAN GANJA TENTANG APA DIA MAKSUD "TAK CUKUP HAUL"
KETIBAAN PASANGAN PENGANTIN
PASANGAN PENGANTIN BERJALAN MENUJU KE TEMPAT PERSANDINGAN
KECERIAAN JELAS TERPANCAR DI WAJAH KEDUA-DUA MEMPELAI
PASANGAN MEMPELAI DI KERUSI PERSANDINGAN
POSE ISTIMEWA "PEACE" DARI KEDUA-DUA PENGANTIN
KUMPULAN ESTRELLA YANG MENGHIBURKAN PARA HADIRIN
RAMBO CUBA MELEMPARKAN SENYUMAN KEPADA PENYANYI KUMPULAN ESTRELLA
UPACARA MENGETEH DAN PERJUMPAAN K'69 DI BORA OMBAK CAFE
MAKTAB BERPESAN KEPADA JOSEX JANGAN DUDUK DEKAT SANGAT DENGAN YANG PAKAI TUDUNG PURPLE TU, NANTI KENA LESSSINGGG..
TOK MOH SEDANG MEMBENTANGKAN USUL
KHUSAINI MAMAK YANG TELAH DIJANGKA TIBA PALING LAMBAT KE BORA OMBAK CAFE
Sunday, October 11, 2009
JAMUAN HARI RAYA K69 PENUH KEJUTAN
KUALA LUMPUR, AHAD: Jamuan Hari Raya K69 pada tahun 2009 telah mencetuskan berbagai kejutan. Kejutan pertama berlaku apabila konsep menjamu selera di cafe bertukar kepada konsep menjamu selera cara "kampung". Menurut penyelaras Jamuan iaitu Saudari Cik A, pertukaran konsep ini memang sengaja dilakukan bertujuan untuk membawa mereka yang hadir mengimbas kembali kenangan hidup di kampung seperti zaman dulu-dulu dan kebetulan pula tempat jamuan diadakan juga bernama Kampung Warisan. Sememangnya pengalaman makan bersila beramai-ramai menjadikan majlis jamuan ini sungguh istimewa kerana rata-rata yang hadir amat gembira kerana mereka merasakan kemesraan yang terjalin sejak sekian lama semakin erat dan mesra seperti satu keluarga, 1Malaysia.
Majlis jamuan ini juga dikejutkan dengan kehadiran ahli K69 yang sememangnya telah lama tidak bersama mereka iaitu Saudara Ganyut, Busam dan Ganja. Kehadiran mereka telah menyerikan lagi majlis jamuan tersebut kerana ia menimbulkan keinsafan dan mengingatkan kepada semua yang hadir betapa berusianya kita semua.
Kejutan terakhir yang terjadi adalah apabila mereka telah kekenyangan menjamu selera, tiba-tiba satu masakan istimewa Nasi lemak yang resepinya dicipta oleh Ibu saudari Anuar Alawiyah telah tiba. Oleh kerana tidak tahan dengan bau wangi nasi lemak itu, mereka yang telah kekenyangan tadi terus mengambil pinggan masing-masing dan menjamu selera sekali lagi tanpa dipaksa sesiapa.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat untuk Saudara Safuan (Ganyut) dan Isteri yang akan berlepas ke Tanah Suci tidak lama lagi dan tidak ketinggalan juga doa untuk Mama Salawati yang datang bersama anak daranya yang diperkenalkan sebagai adiknya untuk mengelirukan musuh-musuh yang ada, semoga mendapat menantu yang soleh ye mama...?
YAXE
KETIBAAN KEHORMAT SAUDARA GANYUT DAN ISTERI
BERGURAU SENDA BERCERITA
KALEO MELIHAT KE ATAS KEPALA GANJA SAMBIL MENYAPU-NYAPU RAMBUTNYE, MUNGKIN DEK KERANA RISAU AKAN RAMBUTNYA YANG SEMAKIN NIPIS TU...
PEK LEH CUBA MENGOREK RAHSIA SENTIASA KELIHATAN REMAJA DARI JOHAN
GEE SEDANG MELAKUKAN SENAMAN MULUT SEBELUM MELAKUKAN ACARA SANTAPAN
PEK LEH BERUSAHA KERAS MENAHAN NAFAS DAN MENGEMPISKAN PERUT SUPAYA SAMA RATA DENGAN JOHAN & KALEO
BUSAM & GANJA KERESAHAN KERANA MAKANAN BELUM DIHIDANGKAN LAGI
GANYUT CUBA MEMBERI POSING YANG PALING MANIS
WALAUPUN PUAS KAMERA CUBA UNTUK MEMFOKUS PINGGAN YANG DIPEGANG OLEH GANYUT, TETAPI KETARAN TANGANNYA MASIH TETAP BERBISA
AKHIRNYA BUSAM DAN GANJA DAPAT MAKAN
BAKAL YB LIPIS
PARA WANITA SEDANG MENIKMATI NASI LEMAK TERMASUK TUANNYA SENDIRI
SAHRAN BERSANTAPAN DENGAN TENANG SEKALI DAN CIK A MASIH BELUM DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA UNTUK MAKAN LAGI KE TIDAK
ROSNIAH BERPOSING MANIS, SEMANIS SAMBAL NASI LEMAK ANUAR ALAWIYAH
PARA ISTERI K69
BAGIKAN IKAN HARUAN MEMAKAN ANAKNYA, BEGITULAH AKSI AYAM MERATAH AYAM
Wednesday, October 7, 2009
HARI-HARI MENGHARUKAN PEK LEH
KUALA LUMPUR: Pada hari Jumaat minggu lepas merupakan hari yang amat mengharukan buat diri saudara Taufik Salleh atau dikenali sebagai Pek Leh kerana dengan tidak sengaja beliau telah bertemu kembali dengan kembar seiras beliau yang merupakan senior 1 tahun kepada beliau di SEMSAS dulu. Pertemuan yang tidak disangka-sangka di Masjid Intan Bukit Kiara itu membuatkan mereka berpeluk-pelukan dengan genangan air mata kelihatan di dalam mata mereka. Kembar seirasnya itu mengakui sekian lama beliau menghilangkan diri adalah kerana beliau sibuk dengan misi-misinya di luar negara terutama di Pakistan dan Bangladesh. Beliau juga sibuk dengan perniagaan kopi Naly's dan Naly's Cafe yang diusahakan oleh beliau di Ukay Perdana dan juga sedang di dalam perancangan untuk mebuka sebuah kilang pisau cukur di Malaysia. Sehubungan dengan itu Pek Leh telah menawarkan hadiah yang menarik berupa Santapan Hari Raya di Kampung Warisan pada Ahad ini dengan bayaran hanya RM20 seorang kepada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat siapakah gerangan kembar seirasnya ini. Sekarang cuba teka SIAPAKAH NAMA BELIAU?
YAXE
Monday, May 18, 2009
Thursday, May 7, 2009
Celoteh Nani untuk geng geng yang tak join 2009 reunion...
wahai lelaki2 skylab yg 'cool' lagi 'hensem2' (bodek la sikit...),
engkau org yg tak pegi tak yah ckp byk lah...menghabiskan bogheh! nak
suh undur masa la...nape tak buat cuti sekolah la...kalau budak2 lelaki
skylab pegi juara berganda la...skylab mmg ditakuti dlm acara tarik tali
masa d sekolah la...the moral of the story, ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!
Aku ni demi semangat reunion, sanggup bodek laki haghi2 sebab nak pegi
(dia pun terpaksa cancel training dia satu slot sbb bini nak pegi
reunion bimbang takut bini dia takde mood)); sanggup tinggalkan pulak
laki tu dgn anak2 especially anak lelaki aku yg bongsu yg mmg tak duduk
diam; sanggup fly dr KB ke KL; sanggup korbankan cuti rehat pd hari ahad
tu (cuti rehat ni kalau kumpul bleh dpt 'golden handshake' nanti
pencen); sanggup tak menjahit tempahan tudung org untuk weekend tu;
dahlah tu...semangat taghik tali sampai sakit pinggang tak hilang2 lagi
ni...semuanya demi nak jumpa kengkawan dan demi memories yg kita pernah
lalui bersama2.
Life is short and we have to stop and smell the flowers sometimes
especially di umur yg 'patah turun' umpamanya kalau naik bukit kita ni
dan hala nak turun. Aku ada byk tanggungjawab tapi reunion yg K69 dah
buat sedikit sebyk memang melegakan tension2 yg terkumpul.
Sebetulnya mmg aku selalu ckp kat husband aku bahawa he can never take
my friends away from me cos they are a part of me and my life. dan aku
tak disturb bila dia dgn friends dia. Kita ada kenangan kita dan dia ada
kenangan dia. Org yg tak gi boarding school mmg tak faham apa yg kita
dah lalui bersama tapi my hubby dah faham dah benda ni sbb aku dah
fahamkan dia...hehehe.Bila kita dah di umur ni, kita baru sedar yg
sebenarnya kita ni dah mcm adik-beradik walaupun masa sekolah dulu kita
ada yg kuat bergaduh (cam aku ngan badek - ucop senyap je sbb badek yg
tlg jawab utk dia), ada yg tak pernah bercakap dgn satu sama lain ( cam
dgn iqbal - mana pernah berckp dgn dia dulu, takut sbb dia BPPI dan aku
ni murai)...tapi bila kita jumpa balik di usia begini...kita dah lupakan
the differences among us dan kita dah boleh accept diri masing seadanya
or just the way they are.
So, to the rest of K69 yg tak pegi ari tu, yg sesungguhnya mmg tak dpt
pegi dan yg memang tak pernah ada rasa nak pegi, jom lah kita pegi next
year sbb kita tak tahu bila kita boleh jumpa lagi...cam aku dah pernah
ckp, WHEN THERE'S A WILL THERE'S A WAY. Even though we are now forty,
rumah dah kata pergi dan kubur dah kata mari...it doesn't mean yg kita
dah tak boleh ketawa lagi...
Tuesday, May 5, 2009
Punca Kemenangan Skylab
Betul la kata-kata penyair 23 tahun yang lalu…”Anak Rusa Nani Baru Kembang Ekor, Sapa Nak Kenal Nani, tengok apa dia dah Buat kat Pangkor”
Ikutilah rentetan peristiwa apa yang berlaku di Pangkor……
Nani sebenarnya telah mula mengatur strategi sejak dari Jeti Lumut lagi. Berbekalkan beg
yang tersangkut dibahu yang penuh berisi nota2 penting spt poem, minutes of meeting,
authograph book dan majalah JASA 1992 beliau mula mengatur langkah menaiki Feri.
Kemudian beliau mula mengarahkan askar2nya untuk menggempur pihak musuh tanpa kenal rasa jemu.
Satu Pangkor diamoknya. Barang siapa yang celupar pasti menjadi mangsa.
Memetik kata2 Nani dlm adegan dibawah “Tak cukup Pasir Bogak, Pasir Mas aku sumbatkan dalam mulut kau!”
Sehinggakan rakan rakan di sekeliling terpaksa “cover” apa yang patut untuk mengelakkan libasan maut Nani.
Nani yang sedang naik angin tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.
Mangsa pertama Nani iaitu Ucop – terus pengsan tanpa sedarkan diri setelah dilempang oleh Nani kerana cuba memberikan sokongan moral kepada skylab .
Kawan kawan dibelakang hanya berani memerhatikan dari jauh tanpa sanggup memberikan bantuan pernafasan kepada Ucop (bukan kerana takut kepada Nani tetapi sebenarnya lebih takut kepada bau nafas Ucop).
Hasilnya……barulah Nani tersenyum puas setelah dinobatkan Skylab juara………..
Ulasan Oleh
KALEO