Tuesday, May 5, 2009

Punca Kemenangan Skylab

Sebenaqnya Nani la punca kepada kemenangan Skylab hari tu.
Betul la kata-kata penyair 23 tahun yang lalu…”Anak Rusa Nani Baru Kembang Ekor, Sapa Nak Kenal Nani, tengok apa dia dah Buat kat Pangkor”

Ikutilah rentetan peristiwa apa yang berlaku di Pangkor……


Nani sebenarnya telah mula mengatur strategi sejak dari Jeti Lumut lagi. Berbekalkan beg
yang tersangkut dibahu yang penuh berisi nota2 penting spt poem, minutes of meeting,
authograph book dan majalah JASA 1992 beliau mula mengatur langkah menaiki Feri.




Kemudian beliau mula mengarahkan askar2nya untuk menggempur pihak musuh tanpa kenal rasa jemu.
Satu Pangkor diamoknya. Barang siapa yang celupar pasti menjadi mangsa.

Memetik kata2 Nani dlm adegan dibawah “Tak cukup Pasir Bogak, Pasir Mas aku sumbatkan dalam mulut kau!”



Sehinggakan rakan rakan di sekeliling terpaksa “cover” apa yang patut untuk mengelakkan libasan maut Nani.


Nani yang sedang naik angin tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.
Mangsa pertama Nani iaitu Ucop – terus pengsan tanpa sedarkan diri setelah dilempang oleh Nani kerana cuba memberikan sokongan moral kepada skylab .

Kawan kawan dibelakang hanya berani memerhatikan dari jauh tanpa sanggup memberikan bantuan pernafasan kepada Ucop (bukan kerana takut kepada Nani tetapi sebenarnya lebih takut kepada bau nafas Ucop).



Hasilnya……barulah Nani tersenyum puas setelah dinobatkan Skylab juara………..


Ulasan Oleh

KALEO


No comments: